Jika kamu memancing ikan....Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu....Janganlah sesekali kamu
LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja....Kerana ia akan
SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan
MENDERITA selagi ia masih hidup.
Begitulah juga .........
Setelah kamu memberi banyak
PENGHARAPAN kepada seseorang...Setelah ia mulai
MENYAYANGIMU hendaklah kamu
MENJAGA hatinya....Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja....Kerana dia akan
TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin
TIDAK dapat
MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu. ...
Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu. ...Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menambalnya semula.... Akhirnya ia dibuang....
Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....Begitu juga jika kamu memiliki seseorang,
TERIMALAH seadanya....Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa....Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan
KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.... akhirnya kamu
KECEWA dan meninggalkannya.
Sedangkan jika kamu
MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan
TERUS hingga ke akhirnya....Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat.Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..Terlalu ingin mengejar kelazatan.Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.
Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan..... yang pasti membawa
KEBAIKAN kepada dirimu.
MENYAYANGIMU.
..
MENGASIHIMU. ..Mengapa kamu berlengah, cuba
MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain.
Terlalu mengejar kesempurnaan.Kelak, kamu akan
KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain... Kamu juga yang akan
MENYESAL.....
~renungan bersama~
P/S:aku bersedih dikala ini...berilah semangat pada ku wahai..........