Monday, March 22, 2010

What l0ve??

what'S love fOr u alL.. Kadang kala cinta itu mungkin boleh membutakan mata seseorang insan yang kita sayangi, walaupon cinta yang kamu bina selama ni melakukan banyak kesilapan dari segi agama atau pandangan masyarakat.♥ ♥Sayangilah orang yang menyayangi diri anda dengan sepenuh hati,bukan sekadar menggunakan ayat-ayat manis yang diluahkan seseorang insan yang sekadar hendak permainkan perasaan seseorang sahaja.♥ ♥Walaupun seseorang lelaki itu telah merosakkan diri seorang wanita, kamu harus berfikir masak-masak terhadap perbuatan yang sosial yang kamu lakukan bersama dan wanita perlu melihat kesetiaan seseorang insan sebelum melakukan tindakan yang di luar jangkaan.♥ ♥Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu.♥ ♥Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia , lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya . Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.♥ ♥Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehinggalah kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna sesalan kerana perginya tanpa berpatah lagi.♥ ♥Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mau mencoba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.♥ ♥Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita.♥ ♥Cinta mampu melunakkan besi, menghancurkan batu, membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan padanya serta membuat budak menjadi pemimpin. Inilah dasyatnya cinta !♥ ♥Kamu tidak pernah tahu bila kamu akan jatuh cinta. namun apabila sampai saatnya itu, raihlah dengan kedua tanganmu,dan jangan biarkan dia pergi dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinya ♥ ♥Pelbagai halangan akan datang setelah anda sedang di lamun cinta,kita perlu hadapi bersame dengan perbagai rintangan sebelom anda melakukan sesuatu tindakn yang amat menyedihkan. Ia akan menyentuh perasaan anda dengan kesedihan mahupon kebahagiaan ♥ .. Kebahagiaan ini ibarat api yang membakar Menang atau kalah bukan jawapan, Cinta ,,,, impian itu lebih manis daripada kenyataan sebenar ,, Cinta ??? Apa itu cinta ?? segelintir orang kata cinta itu manis Setengah orang kata cinta itu pahit Tapi ,,, Hakikat nya ??? cinta itu hayalah salah satu cinta monyet,, Cinta juga mengajar kita erti kasih dan sayang Malah , cinta juga mengajar kita erti kesedihan Tapi ,,, cinta pada manusia hanya lah sementara ,,, kerana ,,, Hakikatnya ,,,,, Cinta kapada yang MAHA ESA lebih kekal ,,, buat selama - lamanya ,,,, sayanggilah sebuah perkenalan , kerana di situlah tercipta kemesraan , kenangilah sebuah perhubungan , kerana di situlah terciptanya kerinduan , hargailah kedua - duanya.. kerana itu adalah rahmat tuhan.. cinta adalah seperti matahari , ia akan tetap bercahaya , walau pun malam menjelma , cahayanya pada bulan tetap menerangi . kadangkala ia juga gerhana tetapi akan kembali jua kecerahannya... suara itu menjanjikan bahagia cinta... suara itu rentak seribu memusnahkan harapan kecawa lara... suara itu.. di pandukan mesra wujudlah impian yang bahagia.. tapi...bg org yang betol - betol

Sunday, March 21, 2010

Arghhh

Sometime i hate my life... bcz..i don't understand what i am doing My life has so many problem about love ,about life.. maybe it has messages for me but i don't understand them sometimes.... i am happy, and sometimes i am sad ... if i am happy .. i can forget my problem But if iam sad i remeber all my problem what's wrong with me ??? i hope someone will undrstand and bring perfect hapines...

Thursday, March 11, 2010

~Jangan nangis~

Aku cuma ada seorang adik. Usianya tiga tahun lebih muda daripada aku. Suatu hari, untuk mendapatkan sehelai sapu tangan yang menjadi keperluan anak gadis ketika itu, aku ambil 50 sen dari poket seluar ayah.

Petang itu, pulang saja dari sekolah - ayah memanggil kami berdua. Dia meminta aku dan adik berdiri di tepi dinding. Aku menggeletar melihat rotan panjang sedepa di tangan ayah.

"Siapa ambil duit ayah?" tanya ayah bagai singa lapar.

Aku langsung tidak berdaya menentang renungan tajam mata ayah. Kedua-dua kami membisu, cuma tunduk memandang lantai.

"Baik,kalau tak mengaku,dua- dua ayah rotan!" sambung ayah sambil mengangkat tangan untuk melepaskan pukulan sulungnya ke belakang aku.

Tiba-tiba, adik menangkap tangan ayah dengan kedua-dua belah tangannya sambil berkata,

"Saya yang ambil!"

Belum sempat adik menarik nafas selepas mengungkapkan kata-kata itu, hayunan dan balunan silih berganti menghentam tubuh adik. Aku gamam, lidah kelu untuk bersuara. Walau perit menahan sakit, setitis pun airmata adik tak tumpah.

Setelah puas melihat adik terjelepok di lantai, ayah merungut:

"Kamu sudah mula belajar mencuri di rumah sendiri. Apakah lagi perbuatan kamu yang akan memalukan ayah di luar kelak?"

Malam itu, emak dan aku tak lepas-lepas mendakap adik. Belakangnya yang berbirat dipenuhi calar-balar cuba kami ubati. Namun adik cukup tabah. Setitis pun air matanya tidak mengiringi kesakitan yang mencucuk-cucuk.

Melihat keadaan itu, aku meraung sekuat hati, kesal dengan sikap aku yang takut berkata benar.

Adik segera menutup mulutku dengan kedua-dua belah tangannya lalu berkata,"Jangan menangis kak,semuanya dah berlalu!"

Aku mengutuk diri sendiri kerana tidak mampu membela adik.

Tahun bersilih ganti, peristiwa adik dibelasah kerana mempertahankan aku bagaikan baru semalam berlaku. Adik mendapat tawaran belajar ke sekolah berasrama penuh dan aku pula ditawarkan menyambung pelajaran ke peringkat pra-universiti.

Malam itu ayah duduk di bawah cahaya lampu minyak tanah bersama ibu di ruang tamu. Aku terdengar ayah berkata, "Zah, kedua-dua anak kita cemerlang dalam pelajaran. Abang bangga sekali!"

"Tapi apalah maknanya bang...!" aku terdengar ibu teresak-esak.

"Dimana kita nak cari duit membiayai mereka?"

Ketika itulah adik keluar dari biliknya. Dia berdiri di depan ayah dan ibu.

"Ayah,saya tak mahu ke sekolah lagi!"

Perlahan-lahan ayah bangun, membetulkan ikatan kain pelekatnya dan merenung wajah emak,kemudian wajah adik dalam-dalam.

Panggggg.... sebuah penampar singgah di pipi adik. Seperti biasa yang mampu aku lakukan ialah menutup muka dan menangis.

"Kenapa kamu ni? Tahu tak, kalau ayah terpaksa mengemis kerana persekolahan kamu, ayah akan lakukan!"

"Orang lelaki kena bersekolah. Kalau tak, dia takkan dapat membawa keluarganya keluar daripada kemiskinan," aku memujuk adik tatkala menyapu minyak pada pipinya yang bengkak.

"Kakak perempuan... . biarlah kakak yang berhenti."

Tiada siapa yang menyangka, dinihari itu adik tiada dibiliknya. Dia membawa bersamanya beberapa helai baju lusuh yang dia ada. Di atas pangkin tempat dia lelapkan mata, terdapat sehelai kertas yang tercatat.... .

"Kak.....untuk dapat peluang ke universiti bukannya mudah. Saya cari kerja dan akan kirim wang buat akak."

Apa lagi yang saya tahu selain meraung. Ayah termenung, jelas dia cukup kecewa. Begitu juga emak yang menggunakan air matanya memujuk ayah.

Suatu petang ketika berehat di asrama, teman sebilik menerpa:

" Ada pemuda kampung tunggu kau kat luar!"

"Pemuda kampung?" bisikku. "Siapa?"

Tergesa-gesa aku keluar bilik. Dari jauh aku nampak adik berdiri dengan pakaian comotnya yang dipenuhi lumpur dan simen. "Kenapa sebut orang kampung, sebutlah adik yang datang!"

Sambil tersenyum dia menjawab, "Akak lihatlah pakaian adik ni. Apa yang akan kawan-kawan akak kata kalau mereka tahu saya adik kakak?"

Jantungku terasa berhenti berdenyut mendengarkan jawapannya.. Aku cukup tersentuh. Tanpa sedar, air jernih mengalir di pipi. Aku kibas-kibas bebutir pasir dan tompokan simen pada pakaian adik.

Dalam suara antara dengar dan tidak, aku bersuara, "Akak tak peduli apa orang lain kata."

Dari kocek seluarnya, adik keluarkan sepit rambut berbentuk kupu-kupu. Dia mengenakan pada rambutku sambil berkata, "Kak, saya tengok ramai gadis pakai sepit macam ni, saya beli satu untuk akak."

Aku kaku.. Sepatah kata pun tak terucap. Aku rangkul adik dan dadanya dibasahi air mataku yang tak dapat ditahan-tahan.

Tamat semester, aku pulang ke kampung sementara menunggu konvokesyen. Aku lihat tingkap dan dinding rumah bersih, tak seperti selalu.

"Emak,tak payahlah kerja teruk-teruk bersihkan rumah sambut saya balik."

"Adik kamu yang bersihkan. Dia pulang kelmarin. Habis tangannya luka-luka."

Aku menerpa ke biliknya. Cantik senyum adik. Kami berdakapan.

"Sakit ke?" aku bertanya tatkala memeriksa luka pada tangannya.

"Tak....Kak tahu, semasa bekerja sebagai buruh kontrak, kerikil dan serpihan simen jatuh seperti hujan menimpa tubuh saya sepanjang masa.

Kesakitan yang dirasa tidak dapat menghentikan usaha saya untuk bekerja keras."

Apalagi...aku menangis seperti selalu.

Aku berkahwin pada usia menginjak 27 tahun. Suamiku seorang usahawan menawarkan jawatan pengurus kepada adik.

"Kalau adik terima jawatan tu, apa kata orang lain?" kata adik.

"Adik takde pelajaran. Biarlah adik bekerja dengan kelulusan yang adik ada."

"Adik tak ke sekolah pun kerana akak." kata ku memujuk.

"Kenapa sebut kisah lama, kak?" katanya ringkas, cuba menyembunyikan kesedihannya.

Adik terus tinggal di kampung dan bekerja sebagai petani setelah ayah tiada.

Pada majlis perkahwinannya dengan seorang gadis sekampung, juruacara majlis bertanya,

"Siapakah orang yang paling anda sayangi?"

Spontan adik menjawab, "Selain emak, kakak saya...."katanya lantas menceritakan suatu kisah yang langsung tidak ku ingati..

"Semasa sama-sama bersekolah rendah, setiap hari kami berjalan kaki ke sekolah.Suatu hari tapak kasut saya tertanggal. Melihat saya hanya memakai kasut sebelah, kakak membuka kasutnya dan memberikannya pada saya. Dia berjalan dengan sebelah kasut. Sampai di rumah saya lihat kakinya berdarah sebab tertikam tunggul dan calar-balar. "

"Sejak itulah saya berjanji pada diri sendiri. Saya akan lakukan apa saja demi kebahagiaan kakak saya itu. Saya berjanji akan menjaganya sampai bila-bila."

Sebaik adik tamat bercerita, aku meluru ke pelamin, mendakap adik sungguh-sungguh sambil meraung bagaikan diserang histeria.

Wednesday, March 10, 2010

Di sinie~~~


Disini kunyatakan semua, Cerita kehidupanku, Telah tempuhi hidup yang sukar ku terima, Tapi ku mampu laluinya, Merempuh suka dan duka, Dengan tenang hati ku telan pahit manis kehidupan. Sekiranya, Ku tak mampu, Halangi semua, Pasti ku hampa. Sekiranya, Ku tak bersedia, Akan ku pulang ke asal ku, Tapi ku tak rela. Kerna ku sorang manusia, Yang tak suka pada duka, Kerna ku sering gembira, Gembirakan hidup ini. Kerna ku tahu inginku, Apa yang aku inginkan, Akan ku capai segala, Segala yang diinginkan Demi kehidupanku….

Tuesday, March 2, 2010

~Sepi Terasa~


Terpegun, Terkesima, Terkedu & X Terungkap mungkin jugak aku ini sudah tidak tahu apa yg aku buat sekrang nih aku hanya ingin kehidupan sempurna ohhh~!

"ya allah selamatkan hambamu yg hina ini"

aku terpegun ngan dia
aku terkesima ngan dia
aku terkedu ngan setiap perbuataan beliau
aku tak terungkap kata kata apabila dia mula bercerita

dia seakan akan cool sahaja kadang kadang terfikir sebentar terdetik di hati ini mengapa aku sering didatangi masalah mungkin benar jugak.....

kata kata aku manusia yg tidak pernah ada masalah adalah manusia kurang normal or dari segi kata lain dia gila

ntahlahh hatiku ini terbuka untuk sesiapa sahaja tetapi kerap kali hati mula bertanya kembali adakah dia layak untuk anda adakah dia ciptakan untuk anda adakah dia akan berlari seperti dahulu


ohhh BUNGAAA~! kerap kali aku terfikir terasa sesuatu untuk diungkapkan tetapi lidahku kelu tak selicin kuku.

mungkin jugak~! aku perlu berundur menyerah diri. seperti sang putra berkorban di medan perang. yg cukup rumit untuk dia berkata dia akan hidup dimuka bertuah ini.

aku mencari BUNGA yg telah ku tinggalkan lama,di dalam kerak bumi sedalam dalam kerak yg tidak mampu di tembusi oleh sesiapa~!

aku berdoa di atas sejadah yg telah ku tinggalkan sekian lama. untuk mencari sesuatu di atas itu~! mengapa BUNGA jugak yg muncul didalam hati ini. mungkin kali ini aku telah benar benar kehilangan hati hitam aku ini kepada seseorang yang bernama BUNGA, tetapi aku kena kuat~! untuk melawannya kembali......

air mata lelaki ini jatuh di atas sejadah ini~! untuk memberi pentujuk kepada aku apa sebenarnya situasi yg perlu aku lalui~! aminnnnnnnnnnnn